Monday, November 29, 2010

Petronas National Finals 2010 At Stadium Titiwangsa, KL on 14 - 16 Nov. 2010 vol 1

Vol 1....entry kali nie pasal competition usahasama Kementerian Pelajaran Malaysia & F1 Inschools Sdn Bhd dengan tajaan sepenuhnyer oleh Petronas Motorsport....Tq Petrons taja kami untuk beberapa tahun berturut2...."PETRONAS NATIONAL FINALS 2010" di STADIUM TITIWANGSA KUALA LUMPUR dari 14HB - 16HB NOV. 2010

Demam event baru je selesai, kesian ajeem selama ibu bz dgn event, ibu angkut ajeem ibu dgn ibu berdua kat hotel. Abah ajeem outstation....so what to do....

Perasmian oleh YBhg Dato' Dr Rosli B. Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, disamping dihadiri oleh beberapa orang VIP yang lain termasuk Petronas Motorsport...

Sebanyak 29 pasukan yang terlibat dari seluruh negeri di dalam Malaysia....
Ok la moh kita tengok gambar-gambar yang berlambak kat bawah nie....nanti ibu upload gambar2 vol 2.....


Lawatan ke Booth pelajar oleh VVIP

YBhg Dato' Dr Rosli Bin Mohamed, Ketua Setiausaha KPM

Ha....yang berambut putih nie, Chairman F1 Inschools Sdn Bhd....bos ibu...YBhg Dato' Hj Abd Halim B. Hj Abd Samad

Penerangan oleh pelajar kpd KSU, KPM & Dato' Halim

Sesi perlumbaan akhir oleh YBhg Dato' Dr Rosli & YBhg Dato' Noor Rezan disaksikan oleh Pengurus Petronas Motorsport Pn Anita.....

Sedia untuk dilepaskan...


VVIP dari Petronas Motorsport bersama Pengarah F1, Abu Zarim

Staf Petronas Motorsport

Ketibaan KSU diiringi En Mohd Yamin dari Unit Koko & Kesenian, KPM


Ketibaan TKPPM, KPM YBhg Dato' Asariah

Menanti Ketibaan VVIP

Bos F1, Abu, Chew & Dato' Halim

Simulator F1

Simulator F1 yang terbaru....

Simulator F1

Dari sudut hadapan


2 racetrack digunakan untuk perlumbaan ini....

Model kereta F1 dari pasukan



Model kereta F1 yang dipertandingkan


Pendaftaran pelajar sokongan dari 5 buah sekolah sekitar Kuala Lumpur...

Perlumbaan kereta sedang dijalankan...


Staf F1, Shah & Zainol..emcee oleh Rizal dari Radio Era


Judge sedang membuat semakan untuk permarkahan di booth pasukan

Staf f1 sedang memasukkan permarkahan

AJK sokongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor....dari kalangan guru2 sekitar sekolah di selangor

Dari sudut dekat, model kereta f1 dilepaskan


Sekitar pandangan

Pasukan2 sedang membuat persiapan untuk 'setup booth'

Saya (Ibu Ajeem) sedang memberi taklimat kepada AJK JPN Selangor pada hari ke2 majlis di Stadium Titiwangsa


Jangan lupa gambar2 untuk VOL 2 lak yea......sekitar majlis PETRONAS NATIONAL FINALS 2010

Monday, November 22, 2010

Ajeem warded akibat rota virus pada 21 oct '10

Dah lama dah ibu tak update citer & kisah ajeem dalam blog nie....almaklum lah ibu kebizian dengan keje-keje kat opis untuk buat persiapan event Petronas National Finals 2010 yang baru je berlangsung dari 14 - 16 Nov. 2010 kat Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur...Insyaallah nanti dah ada gambar baru ibu leh update gambar2 dalam blog ibu nie...

Ok, nie ibu yang bercerita sebulan yang lepas, semasa ibu ada dicussion dengan bos kat opis, ibu terdengar hp ibu berdering berkali2 tanpa henti, sangkaan ibu guru2 semalaysia yang called ibu, nak lak masa tu, memang ibu ada perbincangan bersama dgn bos ibu, maka ibu tak lah mengangkat hp...tp selang dalam setengah jam selepas itu, hati ibu jadi tak sedap, maka ibu check incoming call serta missed call, sekali ibu tengok panggilan telefon dari mama ajeem (baby sitter ajeem) ibu pun call la semula mama ajeem....punya la ibu terkejut beruksss, kak yang (mama ajeem) menyatakan ajeem kurang sihat, muntah2 & cirit birit yang berlarutan hingga ajeem lesu tak bermaya.....lantas ibu terus call abah ajeem untuk dibawa ke klinik panel.....Pada mulanyer doktor klinik menyangkakan ajeem food poisioning, dah dapat ubat kami terus bawa ajeem balik rumah...tapi keadaan ajeem sama cam tu gak..lesu & tak bermaya...main pun sambil baring...still muntah2...asal masuk susu atau makanan, ajeem akan muntah & cirit birit.....akhirnyer ibu abah buat keputusan sepakat untuk bawa ajeem ke PPUKM, Cheras.

Setibanyer dia PPUKM, darah ajeem diambil untuk disahkan.....dan selepas mendapat keputusan, doktor menyatakan air dalam badan ajeem telah berkurangan dengan kadar 2 kali ganda & perlu untuk masuk air garam. Ajeem jadi truma untuk makan & minum susu...selama dok kat ward pun, ajeem tak mau makan & minum susu...sib baik drip air, kalo tak entah la camner keadaan ajeem...

Ajeem tau dia tak sihat, langsung ajeem tak usik pun tangan dia yang dah kene drip tu....tido pun elok jer....selama ajeem warded, ibu abah sama2 jaga ajeem kat ward. sapa yang tak sayang anak kan......nak2 insan kami yang lama menunggu nak anak....pasti takan terlepas untuk melihat anak depan mata....ketika di ward, kes ajeem diambil oleh Prof Dr Bilkis, Prof mengesahkan ajeem dijangkiti Rota Virus dan bukan keracunan makanan.....takpe la nak...janji anak ibu sihat.....ok la moh kita tengok gambar2 ajeem semasa di ward kanak2 PPUKM....

Elok je ajeem dok kat katil....

Kata doktor, kalo anak tak selera makan, bagi je apa yang dia selera nak makan....ajeem nie memang suka makan nasi ayam KFC..maka abah belikan untuk ajeem Nasi ayam KFC..

Ala tomey2...anak ibu nie....paling suka buat aksi muka cam nie...

Sayang anak ibu.....ajeem sgt good, dia tau tangan dia sakit, langsung tak usik.....

Sayang ibu .....tengah buat senaman angkat kaki...hahhaaha

Ajeem sedang drip air, masuk botol ke 4...

Ketika kene warded, ajeem letih tak cukup tido....maka doktor suruh ibu naik wheel chair riba ajeem.....

Abah & ajeem ketika tunggu keputusan darah

Berseia untuk diambil darah.....kerana Rota virus, berat bdn ajeem turun 1kg dalam tempoh 1 hari....sgt tak patut....

Sakit kene cucuk......kesian anak ibu....