1 day ago
Wednesday, September 30, 2009
Ucu & Tok Ummie dipagi raya
Gambar-gambar nie diambil pada pagi raya, ucu ajeem nie memang suka bergambar & kuat buli anak sedara. Tapi paling rajin kalau menguruskan anak-anak sedaranyer..Dan orang paling sayangkan anak sedara...
Yang satu lagi tu, gambar Tok Ummie siap berpeluk bahu tu.... gambar nie diambil selepas sesi bersalam-salaman di pagi raya...
Sessi Tamat Latihan Inspector di Pulapol Polis Jalan Semarak, KL pada 11 Julai 2009 (Keluarga Mertua)
Dua keping gambar nie merupakan gambar keluarga mertua (family abah ajeem).
Gambar pertama bersama Ct Rokiah & Zamin, Adik kembar Afifah & Afuah serta Ct Rodziah & Wan. Gambar nie semasa adik kembar abah tamat latihan sebagai Inspector Polis selama 18 bulan. Kini Adik kembar abah seorang berada di IPD Miri & Bintulu sebagai IO..Investagator Officer (Pegawai Penyiasat)..
Gambar ke2 pula, bersama mak, Adik kembar & abah kepada abah....
Adik kembar abah nie, buat kali pertama terpaksa beraya diperantauan, almaklum lah orang baru start keje kan....
Satu perkara yang ibu puji adik kembar abah nie, walaupun mereka berdua belajar semasa di UKM, Bangi dulu dalam bidang perubatan tapi nak juga mereka jadi Polis....kuat semangat dorang nie....tapi dorang nie bagus, semangat kuat & berhati cekal.
Abah sangat sayang adik-beradiknya...walaupun abah ajeem merupakan anak sulong dan seorang anak lelaki tunggal dalam keluarga, dia tetap ambil berat & sayangkan family nya.....
Oh yea, masa nie ibu baru melahirkan ajeem..usia ajeem pun masa nie baru 11 hari... dan ibu berpantang di JB, rumah tok ummie...
Tuesday, September 29, 2009
Ibu, Abah & Haziem Ridzuan beraya
Nie pula gambar abah tengah buaikan ajeem....ajeem dah naik buai tapi kenduri aqiqah, naik buai & cukur jambul akan dibuat apabila tarikh flight tok & ummie pergi haji ditetapkan nanti...plan nak buat sekaligus...senangkan....
kira tak lama lagi ajeem bakal dibotakkan oleh atok ....
Ajeem memang tak tahan panas, tapi ibu tetap nak tengok anak ibu pakai baju melayu dipagi raya...tapi hanya sekadar bergambar selepas itu, ajeem pakai baju biasa jer....
Ajeem nie seorang yang tak tahan panas, kalo terkena panas sekejap pun ruam panas akan timbul...kesian anak ibu......
Dipagi Raya AidilFitri 20hb Sept. 2009 Ahad Di JB
Tahun ini merupakan tahun paling bermakna dalam hidup kami suami isteri dengan kehadiran bayi yang telah lama dinantikan....so tahun nie kami beraya bertiga dan merupakan tahun ke-4 beraya di JB....
Gambar keluarga kenangan tersebut cuma tiada gambar sekeluarga adik lelaki 'Anas' kerana dia beraya di rumah mertuanya.
Tak lupa juga gambar kenangan kami tiga beranak....xpe la kan...walau gambar tak cantik tapi yang penting ada untuk kenangan....
Subscribe to:
Posts (Atom)