Dua keping gambar nie merupakan gambar keluarga mertua (family abah ajeem).
Gambar pertama bersama Ct Rokiah & Zamin, Adik kembar Afifah & Afuah serta Ct Rodziah & Wan. Gambar nie semasa adik kembar abah tamat latihan sebagai Inspector Polis selama 18 bulan. Kini Adik kembar abah seorang berada di IPD Miri & Bintulu sebagai IO..Investagator Officer (Pegawai Penyiasat)..
Gambar ke2 pula, bersama mak, Adik kembar & abah kepada abah....
Adik kembar abah nie, buat kali pertama terpaksa beraya diperantauan, almaklum lah orang baru start keje kan....
Satu perkara yang ibu puji adik kembar abah nie, walaupun mereka berdua belajar semasa di UKM, Bangi dulu dalam bidang perubatan tapi nak juga mereka jadi Polis....kuat semangat dorang nie....tapi dorang nie bagus, semangat kuat & berhati cekal.
Abah sangat sayang adik-beradiknya...walaupun abah ajeem merupakan anak sulong dan seorang anak lelaki tunggal dalam keluarga, dia tetap ambil berat & sayangkan family nya.....
Oh yea, masa nie ibu baru melahirkan ajeem..usia ajeem pun masa nie baru 11 hari... dan ibu berpantang di JB, rumah tok ummie...
No comments:
Post a Comment